Sejurus saya smpi ke rumah pagi tadi ,sy terlihat beberapa org sedang "renovate" rumah jiran saya. Keadaan yg agak panas, terdetik hati saya kasihankan mereka bekerja, "mesti diorg kehausan dan kepenatan".
Sedang hati dan akal saya berkomunikasi bagaimana sy harus bantu mereka, tetiba hadir seorg penjual air dan kuih menaiki motor. Pelik tapi benar, pekerja binaan memanggil anak2 sy utk membelanja anak2 sy. Saya terlihat didalam wallet lelaki ini sekadar beberapa keping RM 1 dan lebih kurang dua keping RM 10. Saya cuba menolak ingin membayar sendiri. Dia berkeras mahu membayar.
Keikhlasan dia menyentuh hati sy. Saya malu pada yg Esa, di kala yg kurang upaya itu berebut2 mencari
pahala bersedekah. Saya berkira2 utk melakukannya kerana hati dan akal berkomunikasi "patutkah aku bantu mereka".
Sedangkan mereka sekadar memberi dgn ikhlas. Wallahualam.
Yg pasti hati saya tersentuh. Saya malu pada Yg Esa. 😥
No comments:
Post a Comment