Setiap yg hadir dalam penghidupan kita adalah pengajaran dan peringatan Allah SWT buat kita. Jika kita dipertemukan dgn org yg sombong maka Allah SWT nak didik kita jgn sombong, jika hadir si pendengki, Allah SWT nak ingatkan jgn berdengki, dan betapa sakitnya hati bila kita didengki, oleh itu kita jgn buat.
Pengajaran "live" dari Allah SWT ini adalah satu didikan. Oleh itu, apa sahaja yg hadir kita ajar diri berfikir kenapa dan mengapa ia hadir depan kita. Kenapa ia wujud di hadapan kita...
Insha'allah ia dapat bantu diri kita berubah dan belajar terima siapa sahaja yg hadir depan mata kita. Bukan mudah ini semua, ia perlukan latih tubi diri. Perlukan keinginan kuat utk berubah bersama iman didada.
Ayuh kita ubah bersama.
No comments:
Post a Comment