Kaki 'bodek'. Menjadi lumrah didalam mana-mana pejabat ada kategori pekerja sebegini.
Persoalannya adakah ia perlu?
Ada dua kategori di sini , kita sebagai 'pembodek' ataupun kita 'dibodek'?
Saya mulakan dengan "kita sebagai 'pembodek'"...
Bos baru , aktiviti 'bodek' perlu dirancang. Lepas setahun, bos baru yang lain hadir, dah kena rancang bodek lagi. Allahukhbar wahai si pembodek, tak penatkah kamu?
Kan lebih baik , jika kita 'membodek' bos dengan kerja kita? Kehebatan 'report' kita, ketangkasan kita bekerja, berfikir mengeluarkan idea2 baru.... Dengan cara ini saya percaya, kita dikenali dengan hasil kerja kita. Ia lebih baik dan kekal di hati semua orang.
Lebih- lebih lagi 'bodek' adalah antara sifat tidak jujur. Dan Allah SWT mengetahuinya...
Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang,
serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.
(Ghaafir 40:19)
Ada juga menyatakan 'Aku terpaksa 'bodek' , ini soal rezeki dan masa depan aku'... Benarkah? Kaji situasi kita.
Mungkinkah kita sebenarnya tidak perlu 'bodek' bos ataupun pemimpin kita , cukup sekadar menghormati. Dengan adanya sifat hormat ia sudah merangkumi segala yg kesan yg kita dapat dari 'bodek'... Benar,kan?Wallahualam.
Seterusnya...kategori "kita 'dibodek'"... yang pasti mereka -mereka ini seorang pemimpin. Ermmmm....
Di sini pilihan di tangan kita antara kita rasa seronok di 'bodek' dan mahu layan si 'pembodek' atau kita meletakkan satu garis kata menyatakan yang kita tidak suka di 'bodek'.
Namun perlu ingat satu perkara, kita harus jujur dan tidak zalim. Dua perkara bila yg mana kita menggapai kuasa pemimpin, kita lupakan.
Lebih-lebih lagi kita laksana diperbodohkan oleh si pembodek kerana terpengaruh dengan aktiviti 'bodek'nya...Sedangkan yg jujur dan ikhlas bekerja kita terlepas pandang. Kita jadi tidak adil. Ketidakpuasan hati akan wujud dalam diri insan2 ini. Akhirnya, prestasi kerja semakin menurun. Pelbagai masalah akan hadir. Seterusnya kita mungkin dapat jangkakan apa akan wujud pada masa depan.
Fikirlah wahai pemimpin.
Disebalik semua ini , ada juga yang mana dituduh sbgi 'pembodek', hakikatnya dia jujur dan amanah bekerja. Sesungguhnya amatlah kasihan atas mereka ini di fitnah atas sifat penyakit hati (dengki) hadir.
Justeru itu, fikirlah, kita semua yang telah melepasi garis masa kematangan diri, jangan benarkan penyakit hati ini menular merosakkan diri.
Ubatnya hanya satu beringat "Kita cuma hambaNya, ada kekurangan ada kelebihan...".
Akhir kata , saya serah untuk kita semua nilai adakah 'Bodek' itu perlu atau tidak?...
Jawapan ada pada diri dan ingat Al-Quran & Sunnah itu benar.
Wallahualam
~NM~
No comments:
Post a Comment