Search This Blog

Sunday, January 20, 2013

Senyumlah bila diuji

Ujian , kita nampak sebagai beban kerana kita tidak nampak nikmat disebaliknya.
Ada orang yang diuji bertalu-talu, ada yang kadang-kadang ujian hadir menghentam jiwa raga dan tidak kurang juga yang mana hidupnya biasa-biasa sahaja.
Jika kita di beri pilihan , kita mahukan yg hidupnya biasa-biasa sahaja, Benar, kan?

Ini semua berlaku kerana kita takutkan ujian. Kita lemah dalam menghadapi ujian. Kita rasa PENAT.

Sahabat, kalam Allah SWT itu hakikat yg BENAR. Allah SWT tidak menipu. Allah SWT tidak zalim.

Al-Quran dan Sunnah menceritakan pelbagai perkara mengenai UJIAN. Rasulullah SAW yg mana merupakan kekasihNya juga diuji. Inikan pula diri kita hanya HAMBANYA...

Fahamilah...

Yang pertama
...Allah SWT lagi Mengetahui yg terbaik untuk kita...
"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(al-Baqarah 216)

Yang kedua
...Kita diuji? Untuk apa? Itulah persoalan yg pertama harus kita ajukan...
Rasulullah bersabda, "Sa’ad bin Abi Waqqash berkata,
“Aku bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cobaannya?”
Nabi Saw menjawab, “Para nabi kemudian yang meniru (menyerupai) mereka dan yang meniru (menyerupai) mereka.
Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Kalau agamanya tipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kokoh dia diuji sesuai itu (keras).
Seorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa
."
(HR Bukhari)

Setelah kita baca hadith diatas adakah kita masih pilih
" yg hidupnya biasa-biasa sahaja"? Fikir.

Yang ketiga
...Kita diuji? Kenapa?
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda lagi...
"Apabila Allah menyenangi hamba maka dia diuji agar Allah mendengar permohonannya (kerendahan dirinya)."
(HR al-Baihaqi)

Oleh itu, yang duji , jangan tundukkan diri merasakan aku amat malang. Namun , angkat muka gerakkan ke depan dan senyumlah kerana kita dipilih untuk diuji.

Ia amat payah, amat payah. Namun bukankah kita mahu ke syurgaNya?

Laluilah segalanya dengan sabar dan bersyukurlah kerana disebalik berjuta bilion manusia ,
Allah SWT pilih untuk mendengar rayuan suara kita. Alangkah bertuahnya kita.

Justeru itu...
Senyumlah bila diuji!

Wallahulam.

~NM~

No comments: