Sesiapa sahaja pernah di atas pasti pernah duduk di bawah. Itu hakikat.
Oleh itu kenapa perlu sombong mendongak langit seperti sahaja lahirnya engkau sudah mengerti semua , sudah bijak belaka dan tiada perlukan sesiapa.huh!
Wahai si sombong, sewaktu kecil kau hanya tahu menangis, lampinmu ada yg menukarkannya, susu mu ada yg membuatnya, lenamu ada yg mendodoikan. Tika itu engkau muflis, engkau tak mampu apa2, ada yg membantu tanpa rungutan.
Namun sedih sekali, bila engkau punyai segala engkau sombong! Engkau lupa diri. Engkau buta hati.
Kasihan sungguh, engkau tak mampu faham yg kita semua tak terkecuali dirimu hanyalah hambaNya..Bagaimana harus diutarakan jika hal sekecik ini pun engkau amat 'bengap' untuk faham.
Wahai si sombong, sedikit pun tubuhmu tak akan merasakan syurgaNya, engkau akan terpelosok didalam neraka jahanam selamanya. Kasihan engkau lupakan ini semua dan terus dgn sikap sombong dan bongkak mu. Engkau tatang sifat ini dan engkau bangga memilikinya!
Apalagi hendak dikatakan selain, aku sudah penat berbicara kini hanya engkau boleh mengubah dirimu bukan aku!
Wallahualam.
Salam ikhlas...
~NM~
No comments:
Post a Comment