Tidak mudah ke syurgaNya...
Tidak mudah meraih cintaNya...
Tidak mudah mengenggam kasihNya...
Tanpa usaha membersihkan diri...
Tanpa usaha bergerak lurus ke jalanNya...
Tanpa usaha untuk sabar, tawakal , redha dan gerak,,,,
Tidak mudah
Tidak mudah
Tidak mudah
Ia perlu azam
Ia perlu tekad
Ia perlu istiqamah
Ia perlu nawaitu kernaNya...
Soal diri... Setakat mana usahamu?
Setakat mana azam dan tekad mu?
Sejauh mana kau cekalkan untuk istiqamah?
Setebal mana kau pagar nawaitumu tidak berpindah ke arah nafsu?
Soal diri jangan pandang sekeliling
Jangan cari salah orang lain
Pandang diri kita , lihat jejak kita
Muhasabah diri
Muhasabah hati
Moga kita kekal pada Tuhan nan satu...
Dan juga kita sentiasa tamparkan diri supaya sentiasa sedar yang mana...
DUNIA BUKAN TUJUAN TAPI LALUAN....
Ayuh kita ke SYURGANYA!
Wallahualam.
~NM~
No comments:
Post a Comment