Bismillah
Hari ini merupakan pengalaman menarik saya bersama seorang manusia berjawatan doktor.
Saya bawa anak ke klinik. Demam. Sikap doktor yg amat menyenangkan hati saya membuatkan saya terpanggil untuk menulis artikel ini. Doktor itu begitu lembut dan menunjukkan rasa kasihan pada anak saya.
Dia mula menjentik hati saya bila memberikan anak2 saya gula2 vitamin champs.
Dia juga menasihati mengenai cara penjagaan anak saya supaya tidak menjangkiti kembar saya.
Sebelum bergerak keluar, dia bersalaman dgn anak2 saya. Melambai kepada anak2 saya.
Layanan beliau tidak terhenti disitu, semasa sedang mengambil ubat. Dia mengingatkan saya, balik nanti terus bagi ubat yang ini ye...
Saya senyum sambil mengucapkan terima kasih.
Doktor oh doktor. Betapa pentingnya kesan layanan doktor untuk kami para umi. Kami percayakan doktor untuk merawat anak2 kami.
Layanan kelas pertama yg doktor tersebut amat menyenangkan. Rasa hormat saya amat tinggi pada doktor tersebut. Saya doakan dia dirahmati dan diberkati Allah SWT selamaNya.Amen...
Untuk para doktor di luar sana, jadilah ikhtibar...kamu bertuah kerana jawatan kamu memberi peluang kamu membuat pahala setiap masa. Bertuahnya kamu!
Layanan kelas pertama . Itu impian setiap pesakit...
Wallahualam . Barokallahufekum .
~NM~
No comments:
Post a Comment