Saya bukan ustazah. Saya bukan alim. Saya cuma hambaNya yg mahukan syurgaNya. Saya mahu mengajak semua ke syurgaNya dgn satu moto utk dilekatkan dihati... Dunia Bukan Tujuan Tapi Laluan... ~NM~
Search This Blog
Tuesday, January 08, 2013
SEJAUH MANA HALAL REZEKIMU....
Perkara halal dan haram entah kenapa menjadi satu perkara yg membuatkan senang org melenting jika disentuh. Sedangkan ia adalah satu perkara yg patut kita take it seriously...wallahulam...
Lets begin...
Aku bukan pencuri. Rezekiku atas titik peluhku sendiri.
Hanya satu cara saja ke untuk dipandang mengenai rezeki yg halal.Aku kerja aku dapat duit. Adakah hanya itu?
Tidak secara peribadi oleh diri saya dan itu yg dikatakan oleh Islam. Agama Dia, Tuhan semesta alam.
Apa kata kita mulakan dgn waktu bekerja...8.00am sehingga 5.30pm.
Pukul berapa kita sampai di pejabat?Kekadang tanpa sengaja kita terlewat.
Jika kita lewat 10 minit adakah kita akan menggantikannya? Maksud saya pulang pada 5.40pm, lewat 10 minit?
Kebiasaannya tidak. Jika ada yg mempraktikkannya ,alhamdulillah bagus.Pada yg tidak pasti ataupun tidak terfikir.Its ok, its time to change.Follow the Islam rules.
Next, kul 10am , perut mula berkeroncong. Lapar, lambat tadi lupa nak sarapan. Ambil wallet terus melangkah ke kantin. Sampai disana dan juga sepanjang ke sana , banyaklah pit stopnya...maka dia kembali ke tempat duduk dan sambung bekerja 1/2 jam- sejam kemudian...Adakah dia menggantikan masa itu? Fikir. Renung.
Kemudian ada miss call plak, masa pergi kantin terlupa bawak handphone. Apalagi angkat telefon pejabat dan hubungi umi.Borak sambil gelak-gelak. Siapa bayar bil?Syarikat?Jika syarikat tidak redha kan jadi haram dan tak berkat...>
Adush lupa plak nak print IC sebab cikgu sekolah anak minta. Jalan ke printer and start copying dan sambung borak-borak dgn sahabat-sahabat. Paper, ink...time??
Saya selitkan satu cerita...Saidina Umar Al-Khatab semasa menjadi khalifah , pemegang taktha negara, ala-ala PM la...Bila anaknya masuk ke pejabat beliau dan ingin berbincang sesuatu , beliau bertanya "ini atas urusan negara atau keluarga?" anak nya menjawap "keluarga"...lalu beliau memadamkn lampu yg menerangi pejabatnya lalu berkata lampu ini dibayar oleh duit negara bukan duit kita...Allahukhbar, sahabat Rasullulah yg sudah dijamin ke syurgaNya masih fikirkan mengenai halal dan haram...Kita?...
Saya teruskan...Itu belum lg termasuk masa2 lain yg kita habiskan bergosip dan berborak2. Saya tak katakan tidak boleh ataupun JANGAN cakap , buat kerja saja. Namun berpada-padalah...Sederhana...Nanti boleh gila pula jika kerja tak pandang kiri kanan...akhirnya siapa duduk sebelah meja pun tak kenal...>
Dan lagi bila nak claim...dilebih2 kan pula...yang ini straight forward , tak perlu ulas panjang.
Oleh itu sahabat semua, kaji diri , tgk peribadi.
Saya selalu katakan jgn lihat kata2 ini dari siapa tapi lihat dan kaji isinya...kerna saya sendiri hambaNya tak sempurna dan masih belajar dan terus ingin belajar melatakkan Islam dlm setiap gerak geri diri saya.
Ayuh semua, kenali perbuatan yg haram walaupun nampak biasa2 saja...barulah rezeki yg kita bagi anak bini kita makan itu halal dan penuh keberkatan.Jgn salahkan jika anak kita degil dan tak dgr kata...permakanan adalah salah satu puncanya...saya tak mahu mengulas lanjut mengenai ini...mungkin di lain kali...
Akhir kata...Jom kejar yg halal...berkat hidup...selamat akhiratmu...>
~NM~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment