Search This Blog

Wednesday, January 09, 2013

Hari ini saya 'Resign'...

Hari ini saya 'Resign'...

'Resign' dari menjadi manusia bersalut sifat syaitan.
'Resign' dari sifat riak dan takbur.
'Resign' dari sifat hasad dan dengki.
'Resign' dari aktiviti 'mengumpat' 'mengata' lagi lagi yg tak hingin saya ceburi 'memfitnah'.

Hari ini saya mengajak semua 'tender 24 hours' kepada Iblis laknatullah.
Katakan kita semua tidak lagi menjejak kaki ke syarikatnya.
Syarikat yg tak punyer 'benefit' utk kita di akhirat sana.
Syarikat yg menekan , memerah kita ke jalan neraka.
Kita hanya akan bahagia sementara...tidak punyer gaji dan bonus lumayan...

Hari ini dengan bangga saya nekad mahu 'Resign'.
Saya mengajak semua sahabat untuk megikut jejak langkah saya.
Ingin membawa semua ke syarikat yg menjamin kita ke syurga.
'Bos' nya adalah Yang Maha Kuasa , Yang Maha Besar.
'Bos' nya bersifat pengasih lagi Penyayang...
'Bos' nya sentiasa bersama kita dikala kita susah dan senang...
'Bos' nya sentiasa memperingatkan kita bila kita silap, menegur bila kita terlanjur...
'Bos' nya terbaik di alam ini...Hanya Dia tiada yg lain yg sekutu denganNya...

Mari semua, tidak perlu interview, tidak perlu resume....dengan lapang dada syarikat ini menerima...
Tidak perlu report, A3 paper, meeting , kerna Dia Maha Mengetahui...
Matlamat dan visi
hanya satu ...Berkhidmat untukNya...
Bonus
'syurga' hebat tiada tandinganya...
Gaji
nya adalah nikmat ketenangan ...tiada terjual di mana2...
Iman untuk insan yg di 'promote' pilihanNya...
'PMDS'
nyer paling adil di neraca alam ini...
Hebatkan...

Apa tunggu lagi, mari sahut transformasi ini...Kita 'resign' dan mula bekerja denganNya...
Sesungguhnya...pilihan di tangan kita.... :)

Wallahulam...

~NM~

No comments: