Perkahwinan itu lawannya penceraian...
Menaip perkataan "penceraian" ini sahaja , sudah membuatkan hati sy menggigil sayu.
Moga Allah SWT menjauhkan "penceraian" dari kehidupan saya....Amin.
Hari ini saya terasa sayu mendengar kisah "penceraian" yg berlaku pada sahabat saya.
Menitisnya air mata seorang lelaki bila menceritakan isterinya meminta cerai, itulah yg membuat keputusan untuk menulis di ruangan ini.
Hanya dua perkataan
Amanah membina keluarga itu adalah tanggungjawap bersama bagi si suami dan si isteri.
Si suami pula bertindak sebagai nakhoda mengenapalai bahtera keluarga.
Si isteri merupakan pengikut setia yg sentiasa menurut perintah suami, namun jika arahan si suami boleh mengkaramkan bahtera, maka berhaklah si isteri bersuara utk menyelamatkan dari bahtera itu karam.
Ringkasnya, "kerjasama dan memahami", itulah dua perkataan yg sering hilang didalam dunia perkahwinan.
Ia selalu wujud dari 8am-5.30pm sahaja di pejabat. Kenapa?
1. Si suami terbawa-bawa sifat 'nakhoda'nya
2. Si isteri asyik hidup nak 'complaint' saja
3. Saling tuduh-menuduh 'ini siapa punya kerja' dan 'Kamu yg bersalah'
4. Tidak menghormati sesama pasangan
5. Sifat 'bos' wujud dari pejabat sampai ke rumah
dan banyak lagi...
Hidup kita siapa idolanya? Ya, Rasulullah SAW...
Lihat sahaja , Rasulullah SAW yg merupakan seorg pemimpin NEGARA (bukan sekadar nakhoda) mampu menghormati dan membantu isteri baginda.
Jika Baginda pulang ke rumah, isteri baginda tidak memasak apa2, dengan senyuman baginda mengatakan "Aku berpuasa hari ini".
Bila Baginda pulang lewat, baginda mengetuk pintu dan isterinya tidak bangun,baginda terus tidur di luar. Menghormati isterinya sedang tidur...
Allahukhbar! Itulah junjungan kita Nabi Muhammad SAW...semulia-mulia insan...
Berbalik pada kita semua. Dimana sifat kerjasama kita ? Dimana sifat memahami kita?
Zaman kini, kebanyak isi rumah suami dan isteri bekerja. Sama-sama penat,sama-sama mengalami tekanan bekerja di pejabat.
Oleh itu belajar memahamii perasaan pasangan kita dan juga belajar bertolak ansur.
Tip yang paling penting disini, jangan sesekali membawa masuk permasalahan di pejabat di rumah kita.
Yang kedua , cuba sedaya upaya untuk tidak membawa balik kerja pejabat di rumah. Akhir sekali, lupakan konsep , isteri perlu memasak,mengemas,membasuh.mencuci dan segala jenis 'me'...Semuanya 'me' itu adalah aktiviti bersama, dibahagikan sama rata.
Uppps...Jangan salah faham...
Adakah disini saya hendak suarakan hak sama rata?
Tidak! Tidak sama sekali, saya nak membicarakan mengenai hidup 'bekerjasama' dan 'saling memahami'.
Jika ini kita praktikkan...dengan izin Allah SWT kita mampu elak "penceraian"...
Orang Ketiga
Siapa sahaja yg antara pasangan suami isteri ini merupakan orang ketiga.
Termasuklah keluarga pasangan, juga tidak terkecuali ibu dan bapa masing-masing.
Kerap penceraian berlaku kerana hasutan keluarga ataupun disebabkan sikap keluarga.
Ini adalah sesuatu yg susah dikawal jika si suami dan si isteri ...
1. Tidak mendalami ilmu agama
2. Kasih sayang antara mereka tidak utuh, tidak bersandarkan kerana Allah SWT
3. Hilangnya kepercayaan maka mudah percayakan segala cerita-cerita mengenai pasangan
4. Terlalu kejar pada dunia...
Walaupun siapa pun yg hadir, ia tak mampu mengoncang arasy Ilahi dgn perkataan "cerai", jika yg empat diatas kita elakkan.
Cinta keranaNya
CINTA itu indah. Cinta itu cukup halus maknanya. Cinta itu hadir keranaNya.
Kenapa tidak kita jadikan Allah SWT tempat kita sandarkan cinta kita?
Mencintai seseorang kerna Allah SWT, ia membuatkan kita tak pandang kelemahan mereka.
Kita tak pandang buruk mereka. Kita memandang mereka dengan pandangan kasih penyatuan Dia...
Allahukhbar! Indah sungguh percintaan sebegitu...
Bukan itu sahaja, letakkan matlamat. "Kita bercinta sampai ke Syurga?"
Jika itu matlamat kita genggam tangan pasangan dan bergerak terus setelah kita
pasang strategi dengan 'plan' terbaik untuk meraih tiket ke syurgaNya bersama!
Dan yg terakhir...cuba amalkan solat berjemaah bersama.Ia mengutuhkan lagi perhubungan suami dan isteri.
Lebih-lebih lagi bertahajud bersama, menangis di tengah malam bersama...Allahuakhbar! (TT)
Wahai suami.Wahai isteri.
Usaha. Usaha. Usaha.
Perbaiki diri. Tingkatkan ilmu. Hadirkan niat yg baik.
Dengan segala yg dicoretkan diatas, dengan izinNya, Yang Maha Pengasih dan Mengetahui...
"Penceraian" tidak akan hadir memutuskan tali perkahwinan kita!
Wallahulam.
~NM~

No comments:
Post a Comment