Search This Blog

Tuesday, January 08, 2013

Kesat air mata kesal !


As-Salam,

Bila akhir tahun, mulalah segala sifat hasad dan dengki itu timbul kerana di kala ini pengumuman bonus, kenaikan gaji dan pangkat. Saya mahu bicara perkara ini bukan untuk membuka hati semua sahaja tapi untuk diri saya jua. Pelbagai pekara yg kita selalu utarakan namun satu yg kita selalu lupa yang mana bahawasanya segala hadir dari Dia, Allah SWT Yang Maha Kuasa! 

Ayat ini membicarakan… "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya);….
 
Ayat di atas Allah SWT ulang terlalu banyak kali didalam Al-Quran…antaranya… (Az-Zumar 39:52), (Asy-Syuura 42:12), (Ar-Ra'd 13:26), (Al-'Ankabuut 29:62), (Saba' 34:36), (Saba' 34:39)…
 
Itu belum lagi ayat yg mana Allah SWT menyatakan yg Dialah pemberi rezeki…antaranya… Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; … (Saba' 34:24)
 
Oleh itu, berhenti mengeluh, berhenti tangisi kekurangan yg kita ada. Ada manusia lain lebih susah dari kita. Ada manusia lain lebih teruk dari kita. Jangan pandang yg diatas. Pandang dibawah. 

Itukan yg diajar oleh Rasullulah SAW kepada kita… "Lihatlah engkau terhadap org yg lebih rendah(miskin) dari padamu, dan janganlah kamu melihat org yg lebih tinggi (kaya) dari padamu, karena yg demikian akan lebih tepat bagimu agar tidak meremehkan (memandang kecil) terhadap nikmat yg diberikan oleh Allah SWT padamu" (HR. Bukhari dan Muslim)
 
Cukup-cukup sudah, sampai disini sahaja… Bekerjalah kerana kita telah diamanahkan. Kita mampu kerana...Kitakan pejuang di jalanNya… 

"Barangsiapa bekerja keras (mencari nafkah halal) untuk keluarganya maka ia sepertipejuang di jalan Allah.” (HR. Ahmad)
 
Pujuk hati. Kesat air mata kesal. Gerak!
 
Wallahulam…
 
~NM~

No comments: