As-Salam,
Ramai yg mengambil sambil lewa mengenai tali silaturrahim. Mereka terlalu mengikut akal fikiran dan nafsu bila tiba bab silaturahim.
“Aku tak suka kan dia, dia tu sombong.”
“Aku tak suka dia macam bagus sangat.”
“Aku tak perlu sahabat seperti dia. Takde class!”
Dan pelbagai lagi kata2 yang sering kita lafazkan. Yang sering kita hadirkan dalam perbualan harian kita.
Maka banyaklah putusnya silaturahim disebabkan pelbagai sikap diwujudkan berpunca dari hati.
Dengki, riak, sombong dan seterusnya...
Disini saya ingin membawa semua ke suatu bahagian dalam penghidupan yg selalu kita lupa...
Yang mana bertapa hebatnya kesan bersilaturrahmi ini dalam penghidupan kita.
Sehinggakan Rasullulah SAW bersabda…
“Sesungguhnya silaturrahim adalah rasa cinta di dalam keluarga,
menambah harta, dan memperpanjang umur”
(HR.Ahmad danat-Tirmidzi)
Manakala Abu Hurairah berkata,
Seorang lelaki mendatangi Rasulullah SAW dan berkata,
"Wahai Rasulullah, saya punya keluarga yang jika saya berusaha menyambung silaturrahmi dengan mereka, mereka berusaha memutuskannya,
dan jika saya berbuat baik pada mereka, mereka balik berbuat jelek kepadaku, dan mereka bersikap acuh tak acuh padahal saya bermurah hati pada mereka".
Rasulullah SAW menjawab,
"Kalau memang halnya seperti yang engkau katakan, (maka) seolah- olah engkau memberi mereka makan dengan bara api dan pertolongan
Allah akan senantiasa mengiringimu selama keadaanmu seperti itu.”
(HR. Muslim )
Sesungguhnya Silaturahim kita sesama Islam berdasarkan agama Islam diniatkan kernaNya adalah lebih besar dan memberi manfaat pada diri kita dan umat Islam.
Oleh itu, mulai hari ini kita eratkan silaturahim kita tanpa kita prejudis atas kelemahan insan lain.
Lekatkan pada diri kenyataan ini...
Sesungguhnya kita adalah HAMBA, kita TIDAK SEMPURNA.
Kita punya kelemahan , kita dianugerahkan kelebihan.
Oleh itu...Terima. Erat. Gerak!
Kita ke syurgaNYa!
Wallahulam.
~NM~
No comments:
Post a Comment