Tajuk hari ini pasti membuatkan ramai (lebih ramai) yg 'ignore' sebelum membaca kerana mereka merasakan saya akan menceritakan mengenai SOLAT.
Perkara yg cukup sensitif jika disebut , jika diceritakan, jika dipersoalkan...Sesungguhnya diri saya sendiri jauh dari org alim, jauh dari org yg beriman
namun saya tak pernah berhenti utk jadi org alim dan yg beriman kerana saya mahukan syurgaNya...
Siapa yang tak mahu syurgaNya? Bezanya antara kita usaha ke arah itu atau tidak. Itu sahaja.
Kenapa saya pilih tajuk ini?
Di hari minggu lepas, sewaktu saya melintasi di kawasan ramai orang, yg semuanya saya pasti ada tujuan hidup masing-masing. Tiba-tiba azan berkumandang, mata saya tetap memandang reaksi setiap insan di hadapan saya.
Saya kecewa... Saya tak nampak apa-apa reaksi seperti...terhenti, melihat jam, cuba mencari-cari di mana surau, itu semua tiada.
Semua manusia meneruskan tugas masing2 tanpa sedar azan berkumandang. Selepas azan selesai kedengaran lagu-lagu, semua manusia masih meneruskan tugas masing2.
Lihat betapa azan sekadar sebuah lagu, tiada beza.
Di kala itu hati saya terdetik satu doa didalam Al-Quran Surah Ibrahim ayat 40 ...
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yg mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
Wahai sahabat muslimin dan muslimat semua, tahukah anda maksud Azan yg berkumandang? Mungkin jika faham maksud Azan tersebut kita akan jauh lebih berubah, hati kita lebih tersentuh bila mendengar laungan Azan...
Ayuh kita sekali imbas membaca dan cuba fahami....Hanya 7 ayat...
1.
Allahu Akbar Allahu Akbar - Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
2.
Asyhadu alla illahaillallah - Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah.
3.
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah - Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
4.
Haiyaalas solah - Marilah Sembahyang.
5.
Haiyaalal falah - Marilah kepada kejayaan.
6.
Allahu Akbar Allahu Akbar - Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
7.
La ilahaillallah - Tiada Tuhan melainkan Allah
Dari awal laungan azan , dimulakan dgn memuji Allah SWT, bagaimana mungkin kita tak mengikuti?
Yang dipuji itu Allah SWT, Tuhan kita, Tuhan sekelian alam....
Kedua dan ketiga itu adalah syahadah kita, akad kita padaNya, iman kita, justeru itu wajarkan kita tidak mengendahkannya?
Yang keempat ia merupakan satu ajakan, MARILAH Sembahyang...Allahuakhbar penuh kelembutan...kita diajak solat sedangkan itu satu kewajiban kita.
Yg kelima, dikaitkan pula dgn kejayaan...Kejayaan dunia dan akhirat.
Yg keenam dan ketujuh diperingatkan lagi kebesaranNya yg satu....
Utk azan subuh ditambahkan pula setelah
Haiyaalal falah yakni "Assolaatu khairun minan naum" maksudnya "Sembahyang itu lebih baik dari tidur"....
Begitulah secara ringkasnya erti dan maksud Azan...
Kini kita sudah faham, seterusnya pilihan ditangan kita...
Hanya 'Ignore' , ambil tidak peduli atau gerak dan basahi diri dgn air wuduk utk mengadap Dia, Tuhan Yg Esa.
Sekian. Wallahulam.
~NM~

No comments:
Post a Comment