Beberapa hari ini saya ambil kesempatan percutian saya utk belajar dan berfikir tentang dunia dan juga kehidupan saya... Ini antara yg saya ingin kongsikan . Saya berdoa moga ia memberi manfaat...
(Maaf jika ada tidak senang, saya tulis pajang sikit kali ini...)
Saya ini manusia yg byk dosanya. Jika dikikis satu demi satu, Insha'allah setahun belum tentu bersih. Namun saya usaha utk mengikiskannya kerna kita tahu dan faham "Mati itu Bila-bila"...
Bila cerita tentang "mati" , jiwa saya jadi lemah. Hati saya menangis. Saya takut. Ngeri. Risau. Semua ada.
Di kala rasa berkecamuk ini hadir, saya toleh kanan dan kiri saya, lihatkan dunia kini, masyarakat kini... Air mata saya mengalir...
Benar kata Rasulullah SAW atas dunia akhir zaman, kita di mamah oleh fitnah. Fitnah dunia yg mengerikan. Fitnah yg mana manusia yg bukan ariff tapi cuba berlagak pandai. Dunia yg penuh manusia bodoh sombong.
Kini sibuk bicara tentang halalnya coklat Cadbury... Kita goncang satu dunia dgn marahkan Cadbury, juga atas kekeliruan halal dan haram yg berubah2. Kita rasa tertipu , tidak kurang juga mengambil kesempatan.
Benar kita patut marah jika benar Cadbury memasukkan bahan yg haram, dan juga jika JAKIM tidak jalankan tugas yg benar. Kerana apa? Kerana kita rasa maruah kita sbgi umat Islam tercabar, kita tidak dihormati... Keperluan kita di pandang remeh. Ummmppp...
Tapi hakikatnya bila JAKIM ( yg lebih arif) mengistiharkan halal, maka sepatutnya kita turuti dan juga kita ambil pendekatan mudah, jika yakin kita makan, jika timbul was-was kita angkat kaki jalan. Bukan ke mudah? Wallahualam.
Hakikatnya pelik. Manusia gagahkan diri dgn isu HALALNYA CADBURY... tapi soal akidah yg penentu iman kita , kita letak tepi, kita pandang ringan...
Inilah yg menyedihkan saya.
Saya tidak wujudkan ruangan ini utk mendabik dada kununnya saya Arif dalam agama atau kununnya Alim... Tidak sama sekali tidak... Tapi saya mahukan dunia Islam itu mekar menyinar... Dunia Islam yg sebenar menurut Al-Quran & Sunnah...
Saya jauh dari mengikut segala sunnahNya... Namun itu tidak menghentikan diri saya mahu mengajak semua utk sedikit demi sedikit berubah melaksanakannya... Sedikit demi sedikit kita rasai indahnya kehidupan menurut Al-Quran & Sunnah Nya...
Ada yg tanya saya bagaimana mahu bahagia. Bagaimana mahu masuk syurga. Bagaimana mahu 'happy di tempat kerja'...
Jawapan saya pada setiap jawapan itu hanya satu...
"Turutilah Al-Quran & Sunnah Nya... Insha'allah... Kamu temui jawapanNya... "
Wallahualam. Moga manfaat.
Selamat Malam.
No comments:
Post a Comment