Search This Blog

Saturday, October 19, 2013

Kita sama-sama berubah...

Sahabat saya bercerita... 'Aku bencikan abg aku, bini dia pun sama, perangai dua kali lima. Menyampah aku. Dia je betul semua org salah. Tidak reti hormat org tua. Aku sakit hati! Perangai entah apa2...'

Saya diamkan diri. Dia menyambung....

'Aku klu abg aku dtg rumah mak aku, aku blah balik rumah aku. Malas aku nak layan. Tgk muka dia, muka bini dia. Aku menyampah...'

Saya diam. Tidak mengangguk mahupun mengiakan. Sahabat saya menyambung lagi... 'Blah... Blah... Blah... Ada ke patut dia lakukan begitu?'

Saya mula bersuara.... 'Dah la aku tak berminat nak dgr. Satu, kau sedang mengaibkan diri ko sendiri dgn membuka aib ahli keluarga kau. Dua, adakah kau ceritakan pada aku utk mengadu ataupun utk meminta nasihat? Jika setakat mengadu, aku rasa tempat terbaik ialah dgnNya. Jika utk meminta nasihat atas situasi ko... 

Bagi aku, apa yg kau lakukan terhadap abgmu menunjukkan tiada beza antara ko dan abangmu...renung balik. Satu dia abangmu. Dia layak dihormati walau apa-apa pun dia lakukan. Dia kan hanya manusia biasa, hambaNya. 

Kita susah nak ubah org lain , kita yg harus berubah mengikut keadaan. Bertolak ansur. Sabar. In sha'allah segalanya menjadi baik.

Sahabat saya diam. Tunduk.

Kata saya , Maafkan aku, aku sendiri pernah sptmu, tidak henti mengeluh dan mengadu. Namun kini aku cuba ubah. Aku terima. Aku diam. Aku cuma dongak ke langit angkat tangan dan doa. Aku dpt rasakan ini cara terbaik.

In sha'allah aku percaya Allah SWT itu ada. Dia Maha Kuasa, tidak tuli, pekak dan bisu... Dia Maha Mengetahui. 

Wallahualam. Aku sendiri tidak pernah sempurna, hari ini aku kata aku dah berubah mungkin esok aku kembali dgn cara lama. Wallahualam. Doa. Jgn henti. Itulah senjata mukmin. In sha'allah.

Saya akhiri dgn kita sama2 berubah ye sahabat. In sha'allah.

Salam. Saya berlalu pulang.
Wallahualam.

~NM~

No comments: