Search This Blog

Tuesday, February 12, 2013

Di kalendar Islam tiada hari valentine...

Valentines day...Secara peribadi saya rasakan kita tak perlu hari valentines day utk katakan betapa kita menyayangi seseorg itu, utk kita beli sejambak bunga, sebuah teddy bear mahupun 'candle light dinner'...

Kasih sayang diluahkan tidak perlu hari tertentu... Kasih sayang perlu dipupuk dan diluahkan setiap masa bukan setahun sekali...

Lebih- lebih lagi , kita umat Islam hanya menyambut 2 perayaan sahaja iaitu Iedul Fitri dan hari an-Nahr (Iedul Adha) . Lain-lain bukan untuk kita dan tiada dalam kalender kita...

Sahabat semua, kita umat Islam tidak boleh menyerupai si kafir...

Rasulullah bersabda, "Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka."

(HR Abu Daud)

Al-Imam Ibnu Katsir menerangkan, "Hadith tersebut mengandungi larangan keras sekaligus ancaman terhadap tindakan menyerupai orang-orang kafir, baik dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan hari-hari besar, dan ibadah mereka, mahupun hal lainnya yang sama sekali tidak pernah disyariatkan dan tidak kita akui keberadaannya."

(Tafsir Ibnu Katsir, al-Baqarah: 105)

Akhir kata , Valentines Day tidak wujud utk kita dan juga ia HARAM disambut...tiada kompromi...Titik!

Barokallahufekum.
Wallahualam.

~NM~

No comments: